Monday, January 10, 2011

Pengalaman aku di PLKN...



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan.Bersama saya lagi pada kali ini adalah untuk saya berkongsi bersama anda semua tentang saya berada di PLKN.Pada mulanya saya tidak menyangka bahawa saya telah diserapkan ke dalam Program Latihan Khimat Negara.hehehe.Sebenarnya saya tidak suka akan PLKN ini.Kalau boleh saya tak nak pergi Program ni.Tapi disebabkan benda ni wajib terpaksalah saya pergi dengan kerelaan hati saya.huhuhu.Agak sedih jugalah bila nak tinggalakan keluarga tersayang.Tapi nak buat macam manakan terpaksa jugalah pergi.Pada mulanya saya merasakan PLKN ini tidak menyeronokkan.Dalam kepala otak saya fikir macam-macam mengenai PLKN ni.Tapi sudah selang beberapa hari disana saya pun mula dapat biasakan diri dengan keadaan saya dan mula mendapat kawan.Sejak itu jugalah saya rasa seronok sebab mempunyai ramai kawan dan juga aktiviti yang menarik seperti berkayak,berakit,dan macam-macam lagi.Pengalaman pahit saya berada disana semasa kami melakukan aktiviti "water confident".Mase saya masuk je dalam air saya tidak dapat menerapungkan diri saya walaupun masa tu saya memakai jaket keselamatan.Dan saya mula rasa panik dan cepat-cepat saya mencapai tali yang disitu dan terus naik ke permukaan.fuhh lega rasanya.huhu.Bila da ada pengalaman pahit sudah tentulah ada pengalaman maniskan.hehehe.Pengalaman manis saya apabila saya dan rakan-rakan menyertai pertandingan kawad kaki.Pada masa itu saya berasa gementar dan bercampur dengan perasaan semangat.Tapi malangya nasib kami,kami tidak menjuarai pertandingan tersebut.Tapi saya tetap berasa puas hati kerana keseronokan berkawad bersama-sama rakan.Kalau nak diikutkan boleh dikatakan semua yang saya buat disana merupakan pengalaman manis.Susah untuk saya lupakan semua itu.Terlalu banyak kenangan saya bersama rakan-rakan saya ketika itu.Tidak mudah untuk saya lupakan kenangan saya berada disana.


MASA NI MERUPAKAN MALAM PERTUNJUKAN BAKAT


MASA NI PULA APABILA KAMI DITUNJUK AJAR MENGGUNAKAN KOMPAS

Banyak lagi gambar yang saya akan upload ketika di PLKN.buat masa ni,ni sahaja yang sy dapat.Saya rasa cukuplah penerangan saya ketika di PLKN.InsyaAllah,dari masa ke semasa saya akan menceritakan lagi tentang perjalan hidup saya lagi.Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Permulaan Ku!

Assalamualaikum dan salam sejatera kepada pembaca-pembaca blog sy ini.
Pertama sekali saya ingin memperkenalkan dulu diri saya ini.Nama diberi Muhamad Afiq B. Mahmud.Saya telah dilahirkan di Hospital Tenku Ampuan Rahimah.Pada tahun 2011 ini pada 20 hari bulan 9, umur saya genaplah 19 tahun.Saya pun tidak sangka saya ni sudah pun besar panjang.huhuhu.Kini saya belajar di UiTM Shah Alam mengambil kos sains sukan dan rekreasi.saya rasa cukup la untuk sy memperkenalkan diri sy ini.